Followers

Wednesday, May 30, 2012

House Of Dall - Butik Pertama Fazura


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2012: Kerana minat mendalam dalam bidang fesyen, pelakon jelita Nur Fazura telah mengintrepretasikan segala keterujaan dan impiannya dengan menampilkan butik pertamanya yang terletak di Bangsar.
Diberi nama sebagai House of Doll, Nur Fazura yang selesa dengan panggilan Faz memberitahu, bahawa ilham berkenaan adalah ideanya sendiri.
Semuanya berlaku, kerana dia mahu sebuah almari yang boleh dikongsi dengan peminat dan individu yang mempunyai citarasa seperti dirinya.
"Kedai ini saya anggap sebagai walking wardrobe saya dan semua produk yang tergantung di sini sudah semestinya akan saya pakai.
"Semua yang ada di sini adalah pilihan sendiri dan kualitinya amat dititik beratkan.
"Buat masa ini, House Of Doll akan menjadi keutamaan saya.
"Ini tidak bermaksud saya meninggalkan terus bidang seni tetapi saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan saya dahulu.
"Saya akan lebihkan masa di sini, namun saya bukan sahaja mahu orang datang kerana butik ini milik saya tetapi mereka datang dan membeli-belah kerana barangan yang saya pilih untuk saya kongsi bersama anda,"ujar Fazura mengenai butiknya di Jalan Telawi 3 itu.
Selain daripada itu, dia juga menyediakan beberapa helaian eksklusif hasil kolaborasi istimewa Fazura bersama seorang pereka fesyen yang juga temannya, Rizman Ruzaini.
Kesemua helaian berkenaan adalah made-to-measure dan sudah pasti hanya ada satu seumpamanya dalam koleksi House Of Doll.
"Saya senang bekerja dengan Rizman Ruzaini kerana dia seperti boleh membaca apa yang saya mahu gayakan.
"Jadi untuk projek kali ini, kami telah berbincang dan Rizman Ruzaini sudah menyiapkan 10 helaian pertama sempena majlis pembukaan ini,"tambahnya lagi.
Perancangan seterusnya, dia mahu mengembangkan lagi butik berkenaan dengan barangan terbaru yang akan dibawa masuk sekerap mungkin bagi mengikuti trend semasa.
Menurut Fazura lagi, mungkin selepas ini dia akan tampil dengan rangkaian haruman dan juga sepatu yang sudah sinonim dengan dirinya.
Sumber : murai.com.my

Gambar Erra Fazira di Program Anjuran Erra Arts Club

May 30th, 2012
Walaupun Orang Luar Kata Erra Fazira Ada Masalah Rumahtangga, Namun Melihat Erra Fazira Pada 26 Mei 2012 Lalu Di Bangsar @ Program Anjuran Erra Arts Club… Ternyata Artis Yang Profesional Tidak Sesekali Membawa Hal Peribadi Semasa Berkerja Sambil Bersantai Ceria. Wajah Pun Masih Berseri-seri. Patut La Awet Muda Je Erra Fazira Ni Walau Dah Umur 38 Tahun Dan Ibu Beranak 1.

Sunday, May 20, 2012

~ Aura Car perfume ~


Aura Car perfume

 
Hanya rm 30.00 (E/M) & rm 33(W/M),
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )

~ Kacanya ditempah khas dari luar negara bagi mendapatkan kualiti ketahanan yang baik dan tidak mudah pecah.
~ Wangian aura terpilih untuk pemanduan lebih jauh
~ Terdapat 7 keistimewaan yang pasti anda alami
@ Menghilangkan rasa  mengantuk
@ Tidak mudah letih
@Bertindak menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
@Memberi kesegaran berpanjangan
@Memberikan daya fokus
@Memberikan ketenangan
@mengawal daya emosi diri

~ Aura amaze shower gel ~


Aura amaze shower gel



Hanya rm 13.00 (E/M) & rm 15 (W/M),
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )

~ Diperkayakan dgn kolagen, vitamin E, gamat dan     aloe vera
~ Membersihkan kulit secara mendalam namun memberi kelembapan berpanjangan
~ Membantu mengekalkan nutrien untuk menjadikan kulit sihat, licin dan halus
~ Formulasi 100% aloe vera dan kolagen mencerahkan warna kulit dan menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yg sihat
~ mengandungi ekstrak gamat semulajadi yang ditulenkan untuk menggalakkan baik pulih kulit
~ Memberi ketenangan dan mudah didampingi
~ Mengekalkan haruman serta mengembalikan aura  yang menyinar

~Aura Amaze Shampoo~

Aura Amaze Shampoo



Hanya rm 13.00 (E/M) & rm 15 (W/M) excluding postage,
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )

~ kandungan herba  yang tinggi untuk menguatkan akar rambut
~ Membantu membekalkan nutrien untuk membuatkan rambut lebih lebat, sihat dan bersinar
~ Membersihkan lebihan minyak dan sisa terkumpul seterusnya mengurangkan kegatalan dan ketidakselesaan kulit kelapa.
~ membantu memperbaiki kulit kusam dan rambut bercabang
~ Mempunyai ciri2 antimikrob dan berkesan membersihkan kepingan kelemumur, minyak berlebihan dan mengekalkan kesihatan rambut
~ Memberi kesegaran minda dan menajamkan tumpuan
~ Merasa nikmat dan memberi tarikan

~Aura Amaze Deodorant~

Aura Amaze Deodorant


Hanya rm 11.00 (E/M) & rm 13 (W/M)
excluding postage,
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )

~ Diperkayakan dgn vitamin E, Green Tea & Ekstrak Licorice
~Formula berasaskan ramuan laru air, tidak melekit dan tidak berminyak
~ Formula tanpa alkohol
~ Memberi perlindungan selama 24 hours
~ Membantu menghilangkan bau badan yang tidak selesa
~ Membantu memutihkan kulit
~ memberi kecerian dan menyerlahkan penampilan
~ memberi keyakinan diri dan mudah didampingi

~ Aura Amaze Talcum ~

Aura Amaze talcum



It’s truly amazing u’ols, I dah pakai this talcum kat my baby instead of using talcum lama..kesannya sangat menkjubkan coz my baby dah takder menggaru2 kat bontot dan celah peha..mostly bila pakai pampers, a few hours later mesti dia garu2..sekarang tidak lagi..I like it..
Hanya rm 11.00 (E/M) & rm 13 (W/M
excluding postage),

beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )
Diperkayakan dengan aloe vera, vitamin E & ekstrak manggis
~ Dirumuskan dgn bedak halus yang berkualiti tinggi
~ mempunyai bahan penyerap yang halus dan lembut, menyaman dan memelihara keselesaaan kulit terutamanya masa cuaca panas.
~ Diperkayakan dgn aloe vera dan manggis utk melegakan masalah kulit seperti ruam, kegatalan, etc
~ mempunyai vitamin E utk melembap dan menyuburkan kulit
~ keselesaan wangian yang akan menaikkan seri wajah
~ Mengawal diri dari anasir negatif dan memberi keyakinan diri

~ Amaze Body Lotion ~



Amaze body lotion..

hanya RM 11.00 (E/M) dan RM 13.00 (W/M) excluding postage,
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )
Sangatla menakjubkan and for your info, boleh digunakan if gatal2 kena gigitan nyamuk, semut api dll..kalau  nak g camping or aktiviti dalam hutan, sangatla disyorkan bawak losyen ni..
InsyaAllah berkesan sebab dah banyak testimoni..
Kalau lepas operation, boleh diletak kat parut2 jahitan, nanti boleh mengurangkan dan melicinkan parut tu..amazing!!


~ Diperkayakan dgn vitamin E, kolagen, minyak zaitun, ekstrak pegaga, ekstrak licorice, ekstrak chamomile, ekstrak scutellaria & green tea.
~ Melindungi dan mencegah kehilangan lembapan sepanjang hari
~ Membentuk lapisan pelindung pada sekelililng kulit untuk mencegah kekeringan sambil merangsangkan pertumbuhan kulit
~ kaya dgn herba semulajadi dan antioksida untuk mencerahkan pigmentasi dan mencegah penuaan
~ Membantu untuk melegakan ketidakselesaan kulit, gigitan serangga dsb
~ Memberi keyakinan diri

~Aura Shaping & Beauty Lotion~



Aura shaping & beauty lotion,
After gave birth to my adorable aqeef, of course la like other mak-mak kat luar sana nak kempiskan perut, so inilah alternatif yang terbaik tau..trust me ladies, ada banyak sangat kelebihan dia..just try everbody, you will love it!!
hanya RM 32.00 (E/M) dan RM 38.00 (W/M)  excluding postage,
beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )

~ Boleh digunakan sebagai urutan badan
~ Membakar lemak dan melangsingkan badan
~ Melancarkan peredaran darah yang tersekat
~ Mengatasi masalah selulit dengan berkesan
~ Mengurangkan sakit akibat senggugut
~ Melegakan sakit otot dan sendi
~ Menegang dan menghaluskan struktur kulit
~ Mangatasi masalah kembung perut dan sakit belakang
~ Mempercepatkan proses memecahkan angin di dalam badan

 
Cara penggunaan :-
Bagi pengguna Islam, mulakan langkah dengan membaca bismillah dan selawat sebanyak tiga kali dan mulakan sapuan di tempat yang bermasalah, serta lakukan pergerakan secara pusingan bulatan melawan arah jam sebanyak 7 kali. Jika anda mempunyai wangian auralife berwarna kuning, semburkan pada bahagian berkenaan secara pusingan bulatan melawan arah jam sebanyak 7 kali. Jika anda mempunyai wangian auralife berwarna kuning, semburkan pada bahagian berkenaan dan urut secara perlahan2.
~ Boleh digunakan sekerap mungkin
~ Untuk kesan yang lebih cepat, sapukan setiap kali sebelum tidur.
~ Tidak berminyak dan mudah menyerap pada kulit dan sesuai untuk seisi keluarga.
Lotion 8 dalam satu terasa kesannya sehingga 8 jam..

Thursday, May 17, 2012

~ Moh beli produk terhebat di pasaran ~


You ols,
Hajat di hati nak buat biz online, maklumla nak tambah pendapatan sket2..
So, dengan segala hormatnya nak share dgn u’ols produk yang telah mejadi bualan hangat masa kini dan terhebat di pasaran..tak lain tak bukan, rangkaian produk dari aura life, keluaran syarikat bumiputera yang halal. So boleh digunakan tanpa was2 gitu..
First, allow me to share with u guys, lipstick dari jenama auralife iaitu “aura fabulous lip”.
Trust me ladies, ia akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Bahan2 yang terkandung dalam lipstick ini sangatla superb dan bagus..,antara kandungannya ialah cocoa butter, beeswax, ditambah pula dengan kandungan kolagen yang dapat membaik pulih struktur kulit pada bibir ada..of course la bibir yang kering menggelupas or bibir yang agak gelap disebabkan penggunaan lipstick yang byk chemical tu, inilah inisiatif terbaik untuk menjadikan bibir anda kembali mungil dan selembut bayi..okies
Harga : Cuma RM 34.90 sahaja setiap satu (lebih kurang harga standard lipstick di pasaran + macam2 kelebihan yang ada)
excluding postage tau, but if beli 5 free postage k..

beli 5 botol free postage
( RM 6.00 E/M & RM 8.00 S/S )



Setakat ni, produk auralife yang saya gunakan ini ternyata sangatla maveles dan tidak mengecewakan.
Antara lain adalah deodorant, shower gel, losyen, talcum, aura shaping body losyen or car perfume..semua kandungannya sangat mesra alam dan baunya yang sangat menyenangkan.
Walaupun kita dah biasa dengan produk2 lain di pasaran, tapi apakata cuba dulu produk ini, baru tahu keistimewaannya.. belum cuba belum tahu..berbaloi-baloi membelinya..percayalah :)
Jom cuci2 mata dgn produk auralife. If u’ols nak order jangan lupa pm kat mommy.aqeef@gmail.com
Thanks darling =)

Thursday, May 3, 2012

~Tip cinta untuk merapatkan hubungan suami isteri~


Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.
 Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya.”  
Kata-katanya lagi;  “Para isteri berhak merasakan suasana persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami mereka, sebagaimana mereka pun berkewajiban untuk melakukan ketaatan dalam hal yang memang diwajibkan atas mereka terhadap suami mereka.”

Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan ini perlulah berkerjasama untuk menghiburkan hati masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa. Di bawah ini disenaraikan tip-tip yang patut diamalkan bersama:
  1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love you‘ sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

~Cara-cara melayan suami~


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

~Puisi Cinta Untuk Suamiku~


Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah
Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita
Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Agar dunia tahu dan restu
Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu umpama rusuk
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri
Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Kerna itu biasa
Lumrah hidup kita semua 
Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu
Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas
Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..