Followers

Wednesday, May 30, 2012

House Of Dall - Butik Pertama Fazura


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2012: Kerana minat mendalam dalam bidang fesyen, pelakon jelita Nur Fazura telah mengintrepretasikan segala keterujaan dan impiannya dengan menampilkan butik pertamanya yang terletak di Bangsar.
Diberi nama sebagai House of Doll, Nur Fazura yang selesa dengan panggilan Faz memberitahu, bahawa ilham berkenaan adalah ideanya sendiri.
Semuanya berlaku, kerana dia mahu sebuah almari yang boleh dikongsi dengan peminat dan individu yang mempunyai citarasa seperti dirinya.
"Kedai ini saya anggap sebagai walking wardrobe saya dan semua produk yang tergantung di sini sudah semestinya akan saya pakai.
"Semua yang ada di sini adalah pilihan sendiri dan kualitinya amat dititik beratkan.
"Buat masa ini, House Of Doll akan menjadi keutamaan saya.
"Ini tidak bermaksud saya meninggalkan terus bidang seni tetapi saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan saya dahulu.
"Saya akan lebihkan masa di sini, namun saya bukan sahaja mahu orang datang kerana butik ini milik saya tetapi mereka datang dan membeli-belah kerana barangan yang saya pilih untuk saya kongsi bersama anda,"ujar Fazura mengenai butiknya di Jalan Telawi 3 itu.
Selain daripada itu, dia juga menyediakan beberapa helaian eksklusif hasil kolaborasi istimewa Fazura bersama seorang pereka fesyen yang juga temannya, Rizman Ruzaini.
Kesemua helaian berkenaan adalah made-to-measure dan sudah pasti hanya ada satu seumpamanya dalam koleksi House Of Doll.
"Saya senang bekerja dengan Rizman Ruzaini kerana dia seperti boleh membaca apa yang saya mahu gayakan.
"Jadi untuk projek kali ini, kami telah berbincang dan Rizman Ruzaini sudah menyiapkan 10 helaian pertama sempena majlis pembukaan ini,"tambahnya lagi.
Perancangan seterusnya, dia mahu mengembangkan lagi butik berkenaan dengan barangan terbaru yang akan dibawa masuk sekerap mungkin bagi mengikuti trend semasa.
Menurut Fazura lagi, mungkin selepas ini dia akan tampil dengan rangkaian haruman dan juga sepatu yang sudah sinonim dengan dirinya.
Sumber : murai.com.my

No comments:

Post a Comment